...

LAWATAN AKADEMIK PELAJAR SARJANA MUDA PERANCANGAN BANDAR DAN WILAYAH UiTM CAWANGAN SELANGOR KE PLANMALAYSIA MELAKA

AYER KEROH, 8 Mei - PLANMalaysia Melaka hari ini menerima lawatan akademik daripada sekumpulan pelajar Program Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Selangor Kampus Puncak Alam. Lawatan ini turut disertai oleh Profesor Madya TPr Dr. Marlyana Azyyati Marzukhi dan Dr. Muhammad Hakim bin Danial selaku penasihat studio.

Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan taklimat berkenaan Rancangan Struktur Negeri (RSN) Melaka 2035 yang telah disampaikan oleh YBrs. Encik Syukri bin Yahaya, Timbalan Pengarah (Pembangunan), PLANMalaysia Melaka. Untuk makluman, para pelajar sedang menjalankan kajian semula RSN Melaka sebagai projek akademik mereka.

PLANMalaysia Melaka sentiasa mengalu-alukan kerjasama daripada semua pihak berkepentingan dalam usaha memperkukuh pembangunan Negeri Melaka ke arah yang lebih mampan dan berdaya saing.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy