PLANMalaysia Melaka komited membantu Kerajaan Negeri Melaka dalam memartabatkan syiar Islam melalui perancangan pembangunan yang menyeluruh dan inklusif. Pembinaan empat buah Sekolah Rendah Agama (SRA) baharu akan dilaksanakan secara terancang menerusi permohonan rundingan di bawah Seksyen 20A, Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172).
Pendekatan ini bukan sahaja memastikan penyediaan kemudahan pendidikan Islam yang strategik dan efisien, malah menyokong agenda negeri dalam memperkukuh institusi keagamaan demi kesejahteraan ummah.