...

MESYUARAT PEMBANGUNAN SISTEM MAKLUMAT GUNATANAH PERANCANGAN BERSEPADU (IPLAN) NEGERI MELAKA BIL2/2025 DAN KKDG BIL2/2025

CAMERON HIGHLANDS, 16 Oktober – Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Melaka (PLANMalaysia Melaka) hari ini telah mengadakan Mesyuarat Pembangunan Sistem Maklumat Gunatanah Perancangan Bersepadu (I-PLAN) Negeri Melaka Bil. 2/2025 dan KKDG Bil. 2/2025. Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Encik Mohd Syukri bin Yahya, Timbalan Pengarah Pembangunan PLANMalaysia Melaka.

Mesyuarat berkenaan turut dihadiri oleh wakil daripada Bahagian Maklumat Gunatanah Negara (BMGN), PLANMalaysia Ibu Pejabat, Unit Penyelarasan Maklumat Perancangan (UPMP), Pejabat Projek Zon Selatan (PPZS) serta Jabatan Tenaga Kerja Negeri Melaka. Turut hadir ialah wakil Jabatan Perancang dan Unit OSC semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka yang merupakan ahli tetap KKDG Negeri Melaka, termasuk Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ), Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) dan Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Kehadiran pelbagai agensi teknikal dan perancang ini mencerminkan kerjasama strategik serta komitmen bersama dalam memperkukuh pengurusan, integrasi dan perkongsian data gunatanah serta maklumat perancangan di peringkat negeri. Fokus utama mesyuarat adalah mendapatkan dan mengemaskini maklumat data komited melibatkan C1, CCC, Kajian Rancangan Pemajuan, Tanah Lapang Warta Negeri Melaka bagi tempoh Januari hingga Jun 2025, serta data berkaitan Rumah Penginapan Pekerja.

Perbincangan yang dijalankan diharap dapat memastikan ketepatan, keseragaman dan keberkesanan penyampaian maklumat melalui platform I-PLAN, yang berperanan sebagai nadi penting dalam mendukung perancangan pembangunan bandar dan desa secara mampan di Negeri Melaka.

# MYHRMIS MOBILE # # # # # # # # # # # #
#
PlanMalaysia - Rancangan Struktur Yang Telah Diwartakan Mengikut Negeri # #
#
# # # # # Freedom of Information

Privacy Policy