AYER KEROH, 9 Mei – PLANMalaysia Melaka hari ini mengadakan Mesyuarat Penyelarasan Jawatankuasa Penginapan Pekerja Negeri Melaka Bil. 2/2025 yang dipengerusikan oleh YBrs. TPr Abdulhan bin Abd Lamit, Pengarah PLANMalaysia Melaka.
Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Puan Naziyah binti Said, Pengarah Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Negeri Melaka dan wakil dari Unit Kerajaan Tempatan (UKT), Jabatan Ketua Menteri Melaka; Jabatan Perancangan Bandar dari Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah, Majlis Perbandaran Alor Gajah, Majlis Perbandaran Jasin, dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya.
Agenda utama mesyuarat adalah untuk menyelaras perkara-perkara berbangkit serta memperkukuh peranan dan fungsi Jawatankuasa Penginapan Pekerja Negeri Melaka yang akan dipengerusikan secara bersama oleh YB Datuk Rais bin Datuk Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana dan YB Datuk Ngwe Hee Sem, EXCO Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan. Jawatankuasa ini ditubuhkan berdasarkan keputusan MMKN di mana UKT dan PLANMalaysia Melaka bertindak sebagai sekretariat bersama.